Friday, July 16, 2010

Bicara Wanita

Alhamdulillah. Sempat menjengah sebentar di dewan kuliah mendengar bicara wanita. Tajuk bicara wanita kali ini ialah mahasiswi perhiasan universiti yang disampaikan oleh ustazah Marina. Banyak input yang diberikan oleh ustazah. Antara perkara yang dikupas oleh ustazah ialah makna ZINAH (perhiasan). Wanita adalah perhiasan. Perhiasan mempunyai dua maksud yakni:
  • tak kekal, kosmetik dan mempunyai kesan sampingan
  • cantik, menawan, berseri-seri, mempunyai nilai yang tinggi dan perlu dijaga

Jadi, sebagai seorang muslimah kita perlulah menjadi perhiasan yang bukan sahaja cantik tapi bernilai. 4 perkara yang dikaitkan dengan nilai ialah:
  • mahkota akal yang tinggi
  • perisai akhlak yang kebal
  • peribadi yang murni
  • hati yang suci dan kental
Untuk mencapai keempat-empat perkara di atas, hati perlulah dididik. Hati perlulah dididik agar sukakan kebaikan (pusat rahmah, hasanah) dan sentiasa memohon keampunan.